Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Proton X90 kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan pegawai-pegawai kanan Istana Negara, bagi mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang mereka.
Turut menerima kurniaan berkenaan ialah Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan pegawai agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.
Selain itu, turut menerima kurniaan kereta Proton X90 daripada Seri Paduka Baginda ialah bekas Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin dan Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim.

Memetik hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kurniaan daripada Seri Paduka Baginda itu disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim di Istana Negara, di sini hari ini.
“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan keluarga Diraja Johor menerusi Yayasan-yayasan Diraja Johor telah mengurniakan pelbagai sumbangan dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: