

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000 dua tahun lalu.
U Yogeshwaran, 45, pengarah Asas Kukuh Security Services (M) Sdn Bhd didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang syarikat berjumlah RM176,117.55 di Bank Muamalat, Menara Bumiputra antara 7 April dan 13 Mei 2022.
Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wirna Arifin, menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah, selain melaporkan diri di pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan hingga kes selesai.
Peguam Yagoo Subramaniam yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: