Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Nasional

Tak perlu bodek menteri, fokus siapkan kerja, Loke beritahu kontraktor

today16 March 2024

Background


Loke Siew Fook berkata, prestasi SMH Rail Sdn Bhd akan dipantau kementeriannya.

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengingatkan kontraktor yang mendapat kontrak kerajaan hanya perlu fokus menyiapkan kerja dengan baik, bukannya cuba membodek menteri.

Katanya, tidak perlu “kenal menteri” dalam situasi sedemikian.

“Bagi kerajaan semasa, anda tak perlu kenal menteri, anda hanya perlu tahu siapkan kerja anda.

“Paling penting, buat kerja anda dengan baik,” katanya pada majlis penyerahan kontrak “Pay As Use” antara Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan SMH Rail Sdn Bhd.

Loke yang berkongsi video ucapannya di media sosial, mengakui tidak mengenali pemilik SMH Rail sebelum menghadiri acara hari ini.

SMH Rail ialah syarikat Malaysia yang mengeluarkan lokomotif, gerabak dan gandar kereta api, selain menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan serta baik pulih.

Loke berharap SMH Rail akan memenuhi perjanjiannya dengan RAC kerana prestasi syarikat itu akan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post