Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Lewat Datang Haid? Cuba Minum Air Homemade Ini

today26 March 2024

Background
LEWAT DATANG HAID


Masalah lewat datang haid antara perkara yang membimbangkan kerana ia berkait dengan kesihatan dalaman. Selain mendapatkan nasihat doktor, anda boleh juga cuba petua seperti perkongsian pengguna TikTok di bawah ini.

Caranya mudah sahaja dan bahan yang digunakan juga tidak begitu mahal. Nak tahu macam mana atasi lewat datang haid? Ikuti perkongsian lanjut di bawah ini.

Baca juga: Rahsia Miliki Payudara Tegang Tanpa Buat Senaman, Makin Hari Suami Makin Sayang!

LEWAT DATANG HAID? CUBA MINUM AIR HOMEMADE INI

LEWAT DATANG HAID

Bahan-bahan:

  • Halia 1 inci
  • Kayu manis ceylon 2 batang
  • 1 sudu teh halba
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • Sedikit air

Cara-cara penyediaan:

1. Tumbuk halia. Jangan begitu lumat.

2. Seterusnya, masukkan halia ke dalam periuk.

3. Campurkan kayu manis ceylon, halba, biji ketumbar dan sedikit air.

4. Rebus sehingga mendidih dan tapis.

5. Campurkan sedikit madu sebelum diminum.

Boleh amalkan air ini sekiranya anda mengalami masalah lewat datang haid.

Semoga bermanfaat!

VIDEO PENUH:

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Siti Aznm


Previous post