Malaysia menamatkan Kejuaraan Futsal NSDF 2024 dikedudukan keempat selepas tunduk kepada Afghanistan 2-3 pada aksi yang berlangsung di Nonthaburi, sebentar tadi.
Ia juga bermakna skuad kendalian Rakphol Sainetngam itu menamatkan kempen dengan satu keputusan seri dan tiga kekalahan.
Baca Juga:
Namun, terdapat perkara positif yang boleh diperkatakan dimana ketiga-tiga kekalahan tersebut hanya dengan keputusan tipis (jurang satu gol).
Masih memburu kemenangan sulung pada kejohanan ini, Malaysia tampil dengan cukup baik pada awal saingan yang menyaksikan Ridzwan Bakri mendapat peluang seawal minit kedua.
Berpunca daripada Abu Haniffa Hassan yang berjaya merampas bola dari kaki pemain Afghanistan, Ridzwan bagaimanapun meledakkan rembatan tepat ke dakapan penjaga gol, Mohammad Javad Safari.
Kehampaan itu ditebus dua minit kemudian apabila bola hasil tolakan Mahadir Harahap Khairuddin yang cuba dinafikan Safari melantun masuk ke gawang Afghanistan untuk meletakkan Malaysia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: