Kuala Lumpur City (KL City) mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila mengumumkan pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan sebagai rekrut baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.
Keputusan yang dibuat oleh pemain berusia 35 tahun itu tidak dijangka oleh peminat kerana beliau menyertai pasukan yang terkenal dengan masalah tunggakan gaji sejak musim lepas.
Baca Juga:
KL City merupakan pasukan kelima Liga Malaysia yang disertai pemain itu selain Sabah, Kelantan, Perak dan Selangor pada musim lepas.
Welcome to the Capital Brendan Gan❤️🤍#klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys pic.twitter.com/r3e12x3M1u
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) April 1, 2024
Sepanjang berkhidmat dengan Selangor FC, Brendan telah membuat 80 penampilan dan menjaringkan 14 gol dan 12 bantuan jaringan.
Tidak dilupakan, bantuan gol ke-12 dan terakhir beliau membantu Selangor FC menumpaskan seteru, Kedah Darul Aman FC…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: