Netizen rata rata terkejut dan teruja rupa rupanya lagu raya legenda ini dinyanyikan oleh penyanyi berbangsa India.
Lagu Bersama Di Hari Raya boleh dianggap antara lagu wajib bagi ramai orang yang merayakan Hari Raya Aidilfitri sebenarnya dibawakan oleh kumpulan Cenderawasih.
Cenderawasih merupakan sebuah kumpulan penyanyi adik beradik yang ditubuhkan pada 1981, dianggotai oleh Helen Savaree dan Irene Savaree.
Kumpulan duo ini memiliki banyak lagu hits termasuk Deritamu Deritaku yang dikeluarkan pada 1984. Sepanjang karier mereka, Helen dan Irene terlibat dalam 3 album di bawah kumpulan Cenderawasih.
Kedua duanya bukan calang calang. Kerana mereka adalah adik beradik yang merupakan graduan dalam pendidikan muzik mereka di Berklee College of Music di Boston.
Di TikTok ramai netizen yang teruja mendapat tahu bahawa pasangan dua beradik ini merupakan pemilik suara di sebalik lagu Bersama Di Hari Raya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: