Pertandingan bola sepak di peringkat amatur kini mendapat perhatian yang serius berbanding sebelum ini. Amateur Football League (AFL) kini merancang untuk menjenamakan semula Liga M3 sebagai Liga A1 Semi Pro.
Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata penjenamaan ini dilakukan untuk menarik lebih banyak penaja bagi memperkasakan liga itu.
Baca Juga:
“Penjenamaan ini bukan sahaja bertujuan untuk keseragaman pertandingan anjuran AFL malah ianya juga diharapkan dapat menarik lebih ramai penaja berpotensi untuk sama-sama memperkasakan lagi sukan ini.
“AFL akan menjenamakan semula nama dan logo pertandingan dengan memperkenalkan Liga A1 Semi Pro sebagai nafas baharu kepada Liga M3, Liga A2 (dahulu dikenali sebagai Liga M4) dan Liga A3 Komuniti (dahulu dikenali sebagai Liga M5),” katanya.
Pada musim ini, Liga MBSB Bank Championship (MBC) 2024/25 mendapat tempat dikalangan pemain industri bola sepak tempatan selepas 16…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: