Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan skuad B-23 tahun negara yang menamatkan kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar dengan menduduki tangga tercorot Kumpulan D.
Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell berkata, beberapa faktor telah dikenal pasti sebagai punca kepada skuad muda negara itu pulang tanpa sebarang mata apabila tewas ketiga-tiga perlawanan kumpulan.
Baca Juga:
Menurut beliau, aspek kecergasan perlawanan (match fitness) menjadi penyebab utama para pemain terbaik bawah 23 tahun yang dikumpulkan dalam skuad berkenaan gagal memberikan saingan terbaik pada kejohanan yang disertai 16 pasukan terbaik Asia itu.
“Masalah utama dalam skuad Harimau Malaya B-23 ini ialah kekurangan masa permainan atau jumlah perlawanan yang dimiliki oleh setiap pemain terbaik dalam skuad B-23 yang kita ada ini.
“Jika kita lihat menerusi statistik, tak ramai pemain dalam skuad ini yang mendapat minit…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: