PETALING JAYA – TTM Technologies Inc (TTM), pengeluar global terkemuka bagi penyelesaian terknologi termasuk sistem misi, komponen frekuensi radio (RF) dan pemasangan mikro gelombang/mikro elektronik RF serta papan litar bercetak (PCB) berteknologi tinggi, telah membuka dengan rasminya kilang pembuatan pertama di Pulau Pinang.
Projek pembangunan kilang bernilai AS$200 juta (kira-kira RM958 juta) itu dibina di kawasan seluas 10.8 hektar di Taman Sains Pulau Pinang adalah hasil daripada kerjasama erat antara TTM dan pelanggannya untuk menangani permintaan yang semakin meningkat bagi kepelbagaian pembuatan geografi dan permintaan tinggi terhadap rantaian bekalan PCB.
Kilang ini dapat menyokong keperluan pengeluaran besar-besaran dalam pelbagai pasaran akhir komersial, termasuklah jaringan, pengkomputeran pusat data, perubatan, perindustrian dan instrumentasi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Thomas Edman berkata, pembukaan kilang utama ini adalah penanda aras…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: