PETALING JAYA – Legacy Credit Sdn. Bhd. (Legacy Credit) sebuah entiti yang diiktiraf dalam sektor perkhidmatan kewangan, telah melabur sehingga AS$2.5 juta (RM11.92 juta) dalam VCI Global Terhad (VCI Global).
Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Legacy Credit, Nelson Goh berkata, pelaburan untuk menambah ekuiti tersebut dilaksanakan melalui penempatan persendirian dalam VCI Global.
Menurut beliau, langkah tersebut telah menjadikan Legacy Credit sebagai pemegang saham yang besar dalam VCI Global dan ia mencerminkan komitmen strategik syarikat untuk meningkatkan penyelesaian kewangan dan mengembangkan pengaruhnya di seluruh rantau ASEAN.
“Pelaburan penting kami dalam VCI Global adalah lebih daripada usaha kewangan dan ia adalah pakatan strategik.
“Melalui langkah ini juga, kami menyasarkan untuk menggabungkan keupayaan VCI Global dengan pendekatan inovatif kami untuk membuka laluan baharu bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ASEAN kepada platform global seperti Nasdaq,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: