Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Ubi Muda’ JDT Mengamuk, Belasah Akademi Bola Sepak Perancis 21-0

today27 April 2024

Background
ubi muda JDT


‘Ubi muda’ Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan kualiti yang dimiliki oleh mereka apabila berpesta gol membelasah pasukan Akademi Bola Sepak Perancis (FFF Academy) bawah 15 tahun dalam saingan Liga Remaja Singapura hari ini.

Ia adalah kemenangan ketiga terbesar mereka dalam kejohanan itu selepas menewaskan Woodland FC, 24-0 dan Tasek Sailors East, 19-0.

Baca Juga:

Sebelum ini, mereka juga melakar kejutan apabila mengalahkan pasukan Akademi Barcelona dengan jaringan 3-0.

JDT satu-satunya wakil Malaysia beraksi dalam Liga Remaja Singapura yang disertai oleh 32 pasukan bawah 15 tahun. Selepas sembilan perlawanan, pasukan muda JDT itu sudah menjaringkan 92 gol dan hanya bolos empat gol sahaja.

Barisan pemain skuad B-15 JDT. FOTO: JST

Selepas ini, mereka akan menentang East Coast United FA pada 4 Mei dan hanya memerlukan keputusan seri untuk muncul sebagai pasukan nombor satu di dalam Kumpulan B.

Liga Remaja Singapura menjadi medan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post

Sukan

Antonsen waspada ‘ancaman’ Malaysia

Chengdu: Pemain perseorangan kedua Denmark, Anders Antonsen berharap rakan sepasukannya tidak memandang rendah ‘ancaman’ Malaysia menjelang pertemuan terakhir Kumpulan D pada saingan Piala Thomas 2024 di sini, Selasa ini.

today27 April 2024