Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Malaysia Tewas Di Separuh Akhir

today4 May 2024

Background
Piala Thomas


Perjuangan Malaysia dalam saingan Piala Thomas 2024 terhenti di separuh akhir selepas tewas 1-3 di tangan China pada aksi yang berlangsung di Chengdu, sebentar tadi.

Pemain perseorangan, Lee Zii Jia tidak mampu menghadirkan mata pertama buat kem negara selepas beliau tewas ‘straight set’ ditangan Shi Yu Qi dalam tempoh 39 minit.

Zii Jia pada mulanya memberikan saingan yang cukup hebat di set pertama dengan aksi saling kejar-mengejar mata.

Namun, Yu Qi yang kini merupakan pemain ranking kedua dunia itu kental bertahan untuk memenangi set pertama dengan jurang mata 21-19.

Segalanya serba tidak menjadi buat Lee Zii Jia pada set kedua apabila beliau seringkali melakukan kesilapan mudah dan cukup sukar untuk menyaingi kemampuan Yu Qi.

Keadaan itu membolehkan Shi Yu Qi mudah untuk mengesahkan kemenangan dengan mata 21-5 bagi menghadiahkan mata pertama buat China.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyamakan kedudukan selepas mereka berjaya mengejutkan pasangan nombor satu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Korea Selatan dikejutkan Jepun

Ipoh: Juara tiga kali Piala Sultan Azlan Shah, Korea Selatan dikejutkan dengan kekalahan 1-2 di tangan naib juara Sukan Asia 2022, Jepun pada aksi pertama kedua-dua pasukan hari ini.

today4 May 2024