ALOR SETAR – Sanggup bekerja selama tiga bulan tanpa dibayar gaji semata-mata untuk belajar mendalami bidang pembangunan produk kecantikan daripada seorang pengasas produk warganegara Amerika Syarikat dikenali sebagai Paul yang telah lama menginap di Perlis memberi satu pengalaman, ilmu dan kekuatan mental serta fizikal buat seorang usahawan.
Mohamad Yusri Harun, 47, terpaksa ikat perut untuk berjimat cermat sepanjang tempoh sukar itu berulang alih dari rumahnya di Jitra, Kedah ke Perlis setiap hari demi mendapatkan ilmu pembelajaran yang tidak akan diperolehnya dari mana-mana gedung ilmu.
Pengasas syarikat MYBH Manufacturing Resources (MYBH) yang kini memiliki sebuah kilang di Jalan Jeniang, Gurun itu tidak menoleh ke belakang lagi menyesali apa yang dilakukan ketika itu bukan kerana gaji atau duit semata-mata tetapi ilmu, amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh usahawan asing yang berasal dari Belanda itu.
Bermula tahun 2014, beliau dibimbing oleh Paul untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: