Tinjauan Workmonitor 2024 yang dibuat oleh Randstad Malaysia melibatkan seramai 517 pekerja tersebut menunjukkan sebanyak 39 peratus pekerja berfikir akan berhenti seandainya majikan meminta mereka untuk menghabiskan lebih banyak masa bekerja di pejabat.
Menurut sumber, dalam tinjauan itu juga mendapati dua daripada lima rakyat negara ini sanggup berhenti sekiranya diminta bekerja lebih kerap di pejabat.
“Trend ini amat kuat dalam kalangan generasi muda, dengan hampir separuh daripada Gen Z (49 peratus) dan Milenium (47 peratus) menentang pengaturan kerja yang tidak fleksibel.
“Dua daripada lima responden berkata mereka melakukan perubahan hidup seperti berpindah atau mempunyai haiwan peliharaan dan menjangkakan kerja fleksibel diteruskan selepas pandemik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: