Dalam satu kenyataan di Facebook, syarikat itu berkata, mereka menawarkan perkhidmatan itu secara pilihan percuma dan ia adalah sebahagian daripada inisiatif swasta yang bertujuan untuk meningkatkan nilai pelanggan dan tidak bergabung dengan mana-mana agensi berkaitan kerajaan.
Tambah mereka, BJAK juga kekal komited untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif dan perkhidmatan yang cemerlang, melalui standard pematuhan tertinggi.
Sementara itu, BJAK memberitahu, urus niaga akan beroperasi seperti biasa walaupun JPJ mengesahkan perkhidmatan itu tidak diluluskan.
Dalam satu laporan, BJAK juga memberitahu ia adalah perkhidmatan pilihan untuk pelanggannya, dengan perkhidmatan utama BJAK adalah perbandingan dan pembaharuan insurans kereta, serta perkhidmatan VIP khas untuk pelanggannya.
“Untuk urus niaga pembaharuan itu, BJAK turut menawarkan pilihan secara percuma untuk semua pelanggan, berbeza dengan platform lain yang biasanya mengenakan bayaran antara RM3 hingga RM11…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: