Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suami Abaikan Amaran ‘No Parking’ Sebab Isteri Nak Bersalin, Sekali Terkejut Lihat Kereta

today9 May 2024

Background


Menerusi video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Adlly itu berkongsi momen ketika isterinya mahu bersalin.

Difahamkan, selepas melihat keadaan isterinya dia terus membawanya ke hospital. Namun, sesudah sampai, dia pula tidak menjumpai parking kereta dan keadaan menjadi semakin cemas.

Dia kemudian menjumpai sebuah tempat kosong tetapi ia dilarang oleh seorang pengawal. Pengawal itu memberitahunya di sini adalah tempat larangan dan tidak boleh parking, jika dia tetap parking, keretanya akan dikunci.

Namun, dia tidak pedulikan amaran pengawal itu dan terpaksa parking di situ juga selepas melihat keadaan isterinya. Tambahnya, dia sudah tiga kali mencari parking tetapi semuanya penuh. Justeru, dia akur jika betul keretanya akan dikunci.

Selepas lapan jam di dalam wad menemani isterinya, dia terkejut melihat keadaan keretanya yang masih elok dan tidak berkunci.

“Tiada clamp, terima kasih pak cik, semoga Allah permudahkan urusan pak cik,” tulisnya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Hiburan Semasa

Eddie Hamid bimbang Poligami kena kecam

Kuala Lumpur : Komposer dan penyanyi, Eddie Hamid, 62, yang muncul dengan lagu baru berjudul Poligami bimbang lagu berkenaan akan dikecam netizen kerana judulnya yang agak sensasi. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today9 May 2024