Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Suspek Terlibat Jemaah Islamiyah

today17 May 2024

Background


Balai Polis Ulu Tiram, Johor digemparkan dengan serangan berdarah pada awal pagi tadi, mengakibatkan dua anggota polis terkorban dan seorang cedera.

Suspek, yang turut maut dalam insiden tersebut, dipercayai mempunyai kaitan dengan organisasi militan Jemaah Islamiyah (JI).

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, bapa kepada suspek yang ditembak mati itu merupakan anggota JI.

Suspek dikatakan sudah bersedia untuk bertempur dengan polis ketika kejadian berlaku.

Insiden tragis ini berlaku sekitar jam 2.45 pagi apabila seorang lelaki yang bertopeng, bersenjatakan pistol dan parang, menyerang Balai Polis Ulu Tiram.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, memaklumkan bahawa suspek ditembak mati di lokasi kejadian oleh pihak polis.

Pihak berkuasa merampas sepucuk pistol Walther P99 dan selaras HK MP5 daripada suspek.

Pasukan polis segera menyerbu rumah suspek selepas serangan dan menahan lima anggota keluarganya, berusia antara 19 hingga 62…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post