Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Kereta Besar, Otak Kecil’ – Pemandu BMW Dikecam Memotong Secara Berbahaya

today20 May 2024

Background
'Kereta Besar, Otak Kecil' – Pemandu BMW Memotong Secara Berbahaya Dikecam Netizen


Tular satu klip video dashcam menunjukkan sebuah kereta mewah BMW memotong garisan berkembar secara berbahaya dan boleh mengundang kemalangan.

Menerusi video dimuat naik semula akaun X.com @update11111, sebuah BMW itu ‘tak lepas’ untuk memotong dua kenderaan lain di hadapannya.

Baca Juga:

BMW itu menyalakan lampu high beam beberapa kali dari jauh untuk memberikan laluan kepadanya.

Kenderaan pemilik klip video dashcam itu segera mengelak ke kiri jalan untuk mengelakkan pertembungan.

Perkongsian video itu mendapat kecaman netizen yang berang dengan tindakan pemandu BMW terbabit.

Orang ramai meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu BMW, memandangkan bukti video dashcam jelas menunjukkan kereta mewah itu terang-terang bersalah.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post