Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Hab HSR di Forest City jadi pusat ekonomi di Selatan

today22 May 2024

Background


PETALING JAYA – Langkah mewujudkan hab atau stesen bagi Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan antara Kuala Lumpur dan Singapura di Forest City, Iskandar Puteri bakal menjadikan kawasan itu sebagai pusat ekonomi di wilayah selatan Semenanjung.

Perkara itu diakui oleh syarikat perunding hartanah tempatan, Ho Chin Soon Research (HCS) yang telah memainkan peranan dalam perancangan bandar-bandar di Malaysia sejak 36 tahun lalu, termasuk Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ishmael Ho berkata, impak kepada pembinaan HSR yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura itu perlu dilihat dalam tempoh jangka masa panjang.

Jelasnya, perkhidmatan itu merupakan pilihan terbaik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia dan Johor, khususnya inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ).

Ia juga selari dengan hasrat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam menjadikan negeri selatan tanah air itu sebagai sebuah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post