Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Rasionalisasi subsidi dijangka beri impak minimum pada SDP

today23 May 2024

Background


PETALING JAYA – Langkah rasionalisasi subsidi bahan api yang bakal dilaksanakan kerajaan tahun ini dijangka memberi impak minimum kepada perniagaan Sime Darby Property Berhad (SDP).

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Azmir Merican berkata, kebanyakan subkontraktor pihaknya sememangnya tidak menerima subsidi bahan api dan tidak membeli bahan api dari stesen-stesen minyak.

“Jadi sekiranya ada rasionalisasi subsidi di stesen minyak, ia mungkin tidak memberi impak ketara, namun kami perlu melihat apa perancangan dan butiran lanjut (berhubung subsidi bahan api) untuk melihat kesannya kepada sektor hartanah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan secara maya hari ini, berhubung prestasi kewangan Kumpulan bagi tempoh suku tahun pertama berakhir 31 Mac lalu.

Bagi tempoh tersebut, SDP merekodkan hasil RM978.7 juta, 42.8 peratus lebih tinggi berbanding RM685.3 juta yang dicatatkan setahun lalu.

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti pula mencapai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post