Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selepas Terima Bantuan Orang Ramai, Pasangan Tular ‘Hilangkan Diri’

today26 May 2024

Background


Pasangan yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menunggang motosikal dengan memakai alat pernafasan yang tular baru-baru ini dipercayai sudah menghilangkan diri.

Berdasarkan laporan Harian Metro, pihak media cuba menghubungi mereka namun kedua-duanya tidak menjawab panggilan malah turut mematikan talian.

Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi, Seberang Kota Kuala Kedah, Muhammad Hazamer Mualim berkata, pihaknya turut memantau kawasan rumah lelaki berusia 35 tahun itu namun didapati dia gagal dikesan.

Beliau berkata, hanya ibunya yang menghidap angin ahmar berada di rumah itu seorang diri namun dipantau oleh jiran berhampiran.

Ia selepas Hazamer mendapat kebenaran daripada Pejabat Agama Daerah supaya dia memaklumkan kepada pasangan itu untuk menyerahkan dokumen bagi memudahkan proses pernikahan dijalankan.

“Namun sehingga ini, saya tidak menerima apa-apa dokumen daripada mereka dan mereka dipercayai sudah menghilangkan diri,” katanya ketika…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Azam A


Previous post

Luar Negara

Sanggup bunuh rakan, culik bayi untuk dapat anak segera

Houston: Hanya kerana ingin memiliki cahaya mata segera selepas mengalami keguguran, seorang wanita dari Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS) sanggup membunuh rakannya iaitu ibu lima anak semata-mata untuk menculik bayi ibu malang itu yang berusia enam minggu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today26 May 2024