Perkara tersebut telah menjadi perbincangan ramai di media sosial. Menurut laporan Berita Harian, khutbah berkenaan turut memetik pandangan Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh, yang pernah menyuarakan pandangan isu boikot agar ia dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan boikot sebegitu berlawanan dengan keadilan Islam.
“Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak, menyuarakan pandangan isu memboikot atau memulau perniagaan tertentu harus dihentikan dengan hujah bahawa perbuatan itu berlawanan dengan keadilan Islam. Beliau berpandangan, boikot yang dilakukan ketika ini, tidak menepati sunnah baginda (Rasulullah) SAW.
“Dan (ia) boleh menjerumuskan kepada berlakunya kezaliman. Lebih parah apabila isu ini disensasikan tanpa landasan ilmu dan tanpa hujah yang benar, hingga menyemarakkan sentimen atau perasaan benci dan marah,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: