Pemberian baucar itu adalah bagi pelajar Tahap Dua sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).
Menurut Berita Harian, beliau berkata baucar berkenaan boleh dituntut melalui mekanisme yang akan diumumkan, mulai jam 2 petang esok.
“Untuk anak-anak, baik di sekolah kebangsaan, sekolah Arab, sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil dan universiti, kita berikan baucar RM100.
“Bagi tahun ini, kita mulakan dari Darjah Empat, untuk mengurangkan tekanan kewangan kerajaan.
“Ia turut diberikan kepada pelajar sekolah menengah, universiti, kolej, institusi perguruan dan sebagainya.
“Mulai jam 2 petang esok, pemberian baucar ini akan dimulakan, insya-Allah,” katanya.
Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Selain itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: