Dia telah pindah ke negara itu sejak tahun 2016. Malangnya, wanita itu kehilangan anggota badannya dan semua duit simpanan disebabkan jangkitan bakteria Sepsis.
Untuk rekod, sepsis merupakan pembunuh senyap yang meragut banyak nyawa. Ia dikenali sebagai keracunan darah akibat komplikasi daripada jangkitan.
Sepsis terjadi disebabkan jangkitan bakteri, virus atau parasit di bahagian tubuh badan. Kebiasaannya, sepsis selalu terjadi akibat infeksi di paru-paru, aliran darah, kulit, atau saluran pencernaan.
Menurut Shin Min Daily, wanita berumur 37 tahun itu mula rasa tidak sihat pada bulan Oktober tahun lalu.
Pada mulanya, Lin hanya mengalami demam dan sakit perut. Namun, keadaannya masih melarat selepas berjumpa doktor.
“Saya sangka saya keracunan makanan dan doktor telah memberikan saya beberapa ubat. Namun, semasa lawatan kedua, doktor menyedari bahawa ada yang tidak kena dengan saya dan menghantar saya ke bilik kecemasan. Saya tidak sedarkan diri selepas itu,” kata Lin.
Dia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: