Satu insiden penculikan yang mengejutkan berlaku di Pasay, Filipina, baru-baru ini, melibatkan empat pelancong termasuk seorang rakyat Malaysia.
Difahamkan bahawa empat anggota polis dan beberapa individu bersenjata lain telah ditahan dan didakwa atas tuduhan menculik.
Menurut laporan dari Inquirer, insiden tersebut berlaku pada Ahad, 2 Jun sekitar jam 12.20 pagi.
Empat pelancong yang berada dalam kereta Lexus telah ditahan oleh anggota Polis Kebangsaan Filipina yang menunggang motosikal di Taft Avenue, Pasay.
Sebuah van putih yang mengikuti polis tersebut digunakan untuk menculik mangsa.
Mangsa dikenal pasti sebagai Tang Heng Fei, rakyat Malaysia berumur 25 tahun, dan tiga warga China, Meng Zhao (29), Yang Zhuan Zhuan (30), dan Shi Yi Xuan (32).
Daripada empat mangsa, Tang Heng Fei dan Shi Yi Xuan berjaya melarikan diri dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa berhampiran.
Bagi menyelamatkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: