PETALING JAYA – Sime Darby Motors bakal mengambil alih KL BASE yang akan berlangsung di Kuala Lumpur hujung minggu ini dari 7 hingga 9 Jun ini dengan mengetengahkan tiga acara luar biasa dalam satu lokasi.
Program tersebut adalah Pesta Automotif Auto Bavaria, Auto Fest dan Karnival Kereta Terpakai Auto Selection & Pesta EV Pramilik Sime Darby Motors yang menjanjikan pengalaman menarik kepada para pengunjungnya.
Pengarah Urusan Sime Darby Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan berkata, pihaknya teruja untuk menghimpunkan orang ramai menyertai pelbagai aktiviti dan menikmati pengalaman automotif yang luas di bawah satu bumbung dengan tiga acara menarik ini.
Menurutnya, barisan kenderaan yang diperagakan menawarkan sesuatu untuk semua, baik yang mencari kenderaan baharu, kereta terpakai bermutu tinggi ataupun kenderaan elektrik mesra alam.
“Kami menjemput semua peminat automotif dan seisi keluarga untuk mengunjungi kami di KL Base pada hujung munggu ini bagi menyertai pesta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: