Bekas penyanyi kumpulan Dolla, Syasya Rizal mendedahkan dia jatuh cinta dengan suaminya buat kali pertama setelah melihat wajahnya seperti Nobita.
Nobita merupakan salah satu karakter yang popular dalam manga dan animasi Doraemon.
Syasya Rizal tidak ambil hati kalau melihat netizen mengusik wajah suaminya, Nasrullah seperti Nobita. Kerana dia memang suka dengan usikan itu, yang dianggap satu pujian kepada suaminya.
Syasya sendiri memang suka dengan cerita Doraemon dan suka melihat wajah Nobita. Seterusnya, setiap kali Syasya melihat wajah suaminya, dia akan teringat dengan cerita animasi popular dari Jepun itu.
Beberapa bulan yang lalu, Syasya sempat berkongsi lukisan perkahwinan Nobita dan Sizuka di IG beliau.
Nasrullah juga begitu, dia tak pernah bengang dipanggil atau disamakan dengan Nobita.
Nasrullah sendiri menyatakan bahawa kawan kawan dan kenalan rapatnya sendiri selalu menyamakannya dengan Nobita…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: