Kuasa Allah SWT tiada siapa yang tahu, “sudah 22 tahun saya menanti kehadiran cahaya mata ini.” Begitulah rezeki anak diterima Rostalela Sidi Ahmad, yang tidak menyangka akan melahirkan bayi perempuan pada usianya yang sudah mencecah 50 tahun.
Mesra disapa Lela, sepanjang dia hamil hingga berpantang tiada kesulitan yang ditanggungi kerana Allah SWT permudahkan urusannya. Bayi yang dilahirkan juga dalam keadaan sihat, itu yang dikhabarkannya pada wartawan Kosmo! ketika dihubungi.
Baca juga: Sengaja Tinggal Duit Untuk Isteri Pinjam & Tak Minta Ganti, Suami Tak Sangka Ini Berlaku!
CAHAYA MATA PADA USIA 50 TAHUN

Menurut Lela, cahaya matanya dilahirkan pada 20 April lalu dan kini sudah hampir habis berpantang. Dia dan suami yang kini berusia 53 tahun sangat menanti-nantikan kelahiran puteri tersebut selepas kali terakhir bersalin anak kedua pada 22 tahun lalu.
“Sudah 22 tahun saya menanti kehadiran cahaya mata ini. Selepas kali terakhir bersalin anak kedua pada 22 tahun…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: