PETALING JAYA – Projek penggantian Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadualkan siap pada 31 Januari 2025, dua bulan lebih awal berbanding tarikh siap asal pada 31 Mac 2025.
Garis masa yang dipercepatkan itu dimuktamadkan menerusi kontrak ditandatangani pada 14 Jun lalu antara Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. dan Alstom Transport Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. (Alstom), syarikat usaha sama IJM Construction Sdn. Bhd. dan Pestech Technology Sdn. Bhd.
Sebagai Ketua Penyelaras Projek, Alstom akan menyelia penghantaran tiga kereta api baharu, proses naik taraf dua barisan, dan keseluruhan ujian komprehensif untuk keselamatan operasi.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Malaysia Airports Holdings Berhad, Mohamed Rastam Shahrom menzahirkan penghargaannya atas kesabaran penumpang KLIA sepanjang proses naik taraf kemudahan tersebut.
“Penyiapan projek yang lebih awal daripada tarikh asal adalah bukti komitmen tanpa henti kami untuk meningkatkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: