Selalunya, pekerjaan ini dimonopoli oleh golongan lelaki kerana tenaga mereka lebih kuat daripada wanita.
Namun begitu, jika terdapat cara yang lebih mudah untuk memesin rumput tentu lebih bagus bukan?
Baru-baru ini, seorang wanita memasang mesin rumput pada kerusi roda telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @halidali269, kelihatan wanita itu sedang memesin rumput yang sudah tumbuh tinggi di sebuah kawasan lapang.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia menggunakan cara yang berbeza dengan memasang mesin pemotong rumput pada kerusi roda itu.
Wanita itu hanya berdiri di belakang dan mengawal bilah pemotong rumput tanpa perlu memikul mesin yang berat di bahunya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: