Kajian terkini oleh Remote, sebuah syarikat perkhidmatan sumber manusia global, mendedahkan keputusan yang agak mengejutkan mengenai keseimbangan hidup dan kerja (work life balance) di kalangan 60 negara dengan KDNK tertinggi di dunia.
Malangnya, Malaysia berada di kedudukan kedua terakhir, menjadikannya negara Asia yang terburuk dalam indeks tersebut.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti negara-negara dengan keseimbangan hidup dan kerja terbaik dengan menganalisis beberapa faktor berkaitan tempat kerja.
Faktor-faktor ini termasuk, cuti tahunan berkanun (jumlah hari cuti berbayar, termasuk cuti umum), bayaran sakit minimum (% gaji atau jumlah tetap), cuti bersalin (jumlah minggu berbayar), Kadar bayaran cuti bersalin (% gaji), gaji minimum, status penjagaan kesihatan dan Skor indeks kebahagiaan (The Global Economy)
Dalam senarai tersebut, New Zealand dinobatkan sebagai negara dengan keseimbangan hidup dan kerja terbaik dengan skor 79.35…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: