Namun, mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan pula tidak boleh lah membuat apa-apa tindakan yang akan mengancam keselamatan pelanggan.
Namun begitu, baru-baru ini seorang gadis mendedahkan insiden yang menimpa dirinya semasa diganggu oleh rider di tengah malam.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @qayunn di laman X, gadis itu telah memesan makanan menerusi sebuah aplikasi pada pukul dua pagi.
Apa yang membuatkan dia cemas adalah apabila sebaik saja rider tersebut menghantar makanan di depan rumahnya, dia tiba-tiba ingin menumpang tandas.
“Tak boleh pakai. Hantarkan makanan pukul 2 pagi, dia minta nak tumpang tandas rumah. dah cakap tak boleh tolong, still insisted.
“Dah aku kena rasa tak sedap hati pula, call guard nak confirmkan dia dah ciao ke belum dari apartment. Guard naik check, dia ada kat hujung corridor tingkat rumah aku. Aku check jam, dah 20 minit dia kat situ,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: