Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan warga Singapura yang disyaki menjadi dalang merasuah pegawai penguat kuasa di pelabuhan Klang, Selangor.
Suspek yang disyaki membayar rasuah kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan membantu melepaskan barang-barang yang diimport oleh syarikat-syarikat miliknya untuk tidak dikenakan bayaran cukai.
Baca Juga:
Tindakan suspek itu telah menyebabkan ketirisan duti kastam dianggarkan berjumlah RM3.5 bilion kepada Malaysia, lapor Harian Metro.
Sumber memberitahu portal itu suspek yang juga seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 5 petang semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.
Pagi tadi, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapat perintah reman selama enam hari sehingga 30 Jun hadapan.
“Suspek disyaki melakukan perbuatan rasuah itu antara tahun 2022 hingga 2024. Siasatan awal mendapati wang suapan itu diberikan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: