Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Ringgit punya potensi nyata untuk menambah nilai – FMC BNM

today28 June 2024

Background


PETALING JAYA – Ringgit mempunyai potensi yang nyata untuk menambah nilai dan menjadi antara mata wang yang akan mendapat manfaat banyak daripada pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), memandangkan pergerakan berlebihan semasa kitaran kenaikan kadar.

Menurut ringkasan Masyuarat Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC), Bank Negara Malaysia (BNM) yang diadakan semalam, ahli mesyuarat mengambil maklum bahawa sentimen asing kekal positif dan semakin bertambah baik, berikutan usaha libat urus bersama pelabur secara kolektif oleh kerajaan, BNM dan peserta industri.

“Mesyuarat optimis terhadap prospek jangka pendek ringgit.

“Meskipun rintangan masih wujud termasuk risiko geopolitik, ketidakpastian berhubung dengan trajektori kenaikan kadar AS serta pengaturan masa dan tahap selanjutnya bagi rasionalisasi subsidi dalam negeri, ahli mesyuarat yakin bahawa kestabilan pasaran domestik yang berterusan dan usaha terselaras oleh semua pihak yang terlibat akan akhirnya memperkukuh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post