Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, mengalami kegagalan dalam usahanya untuk mendapatkan kebenaran menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah, lapor MalaysiaKini.
Pagi ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak tindakan undang-undang yang difailkan oleh Najib berhubung dakwaan kewujudan perintah adendum yang dikatakan telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Dalam keputusan yang diumumkan oleh Hakim Amarjeet Singh, semua afidavit yang mendakwa kewujudan titah addendum itu dinyatakan sebagai khabar angin semata-mata.
Mahkamah juga memutuskan bahawa afidavit daripada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, dan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, tidak menunjukkan pengetahuan secara langsung mengenai kewujudan perintah tambahan daripada Lembaga Pengampunan tersebut.
Pada 5 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib untuk memasukkan dua afidavit tambahan dalam permohonan semakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: