PETALING JAYA – Brahim’s Food Services Sdn. Bhd. (BFS) kini menjadi peneraju utama dalam perkhidmatan penyediaan makanan halal kepada 35 syarikat penerbangan antarabangsa termasuk tujuh syarikat penerbangan terkemuka dunia.
Ini termasuk Qatar Airways, Emirates, ANA All Nippon Airways, Cathay Pacific Airways, Japan Airlines, Turkish Airlines, dan EVA Air yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutif BFS, Mohd. Fadhli Abdul Rahman berkata, pengiktirafan ini adalah perkara yang membanggakan bagi semua warga kerjanya.
“Ia juga akan mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai pemain utama dalam industri penyediaan makanan halal bagi penerbangan global,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

BFS adalah anak syarikat kepada Brahim’s Holdings Berhad (BHB).
Mohd. Fadhli menerangkan, reputasi BFS sebagai penyedia makanan halal dalam penerbangan terbesar di rantau ini adalah wajar kerana ia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: