Baru-baru ini, sebuah klip TikTok tular apabila sekumpulan remaja menunjukkan tahap pengetahuan am mereka dalam mengenal pasti ibu negeri Selangor, sehingga membuatkan netizen terkejut.
Dalam klip TikTok berdurasi lebih dari satu minit yang dikongsi oleh pencipta kandungan Kuan Yee, beliau mendekati beberapa pengunjung di sebuah pusat membeli-belah dan meminta mereka memilih antara nombor satu hingga tiga.
Jika mereka berjaya memilih nombor yang betul (spoiler nombornya adalah 2), Kuan Yee akan bertanya soalan berikut, “Apakah ibu kota Selangor?”
Daripada semua remaja yang ditemubual, hampir kesemuanya menunjukkan reaksi keliru dan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.
Salah seorang daripada mereka mencuba nasib dengan menyebut beberapa nama seperti Bangsar, Petaling Jaya, dan Kuala Lumpur, tetapi malangnya, tiada satu pun yang betul.
Dan sekiranya anda sudah lupa, ibu negeri Selangor adalah Shah Alam, yang terkenal dengan letakkan Masjid…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: