Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jovian Diarah Bayar Hutang RM10 Juta Kepada Dua Syarikat

today12 July 2024

Background


Mahkamah Tinggi di sini telah mengarahkan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, untuk membayar RM10 juta kepada dua syarikat, Bina Pragmatik Sdn Berhad dan Cekap Air Sdn Bhd, dalam kes saman melibatkan hutang pinjaman persahabatan.

Menurut Harian Metro, keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin pada 2 dan 4 April lalu.

Mahkamah membenarkan permohonan kedua-dua syarikat tersebut untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Jovian.

Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah membuat keputusan berdasarkan hujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan tanpa memanggil saksi.

Firma guaman Tetuan Saiful, Roger & Co yang mewakili kedua-dua syarikat telah mengesahkan perkara ini kepada media.

Bagaimanapun, Jovian telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut pada 30 April lalu.

Kes saman ini bermula apabila kedua-dua syarikat, secara berasingan, menuntut bayaran balik pinjaman persahabatan sebanyak RM5 juta yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post

Hiburan Semasa

Tiada provokasi, Hafidz dan Nurul Shuhada dah berdamai

Kuala Kubu Bharu: Peguam yang mewakili pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader menjelaskan tidak ada sebarang provokasi mahupun ugutan yang menjadi faktor mengapa pengadu yang juga bekas isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri menarik balik kes dakwaan terhadap anak guamnya © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today12 July 2024