Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isu Tunggakan Gaji Tak Halang KL City Tewaskan Selangor

today14 July 2024

Background
Selangor KL City


Kejutan berlaku pada saingan Liga Super hari ini apabila naib juara musim lepas, Selangor tewas tipis 0-1 kepada Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium KLFA, Cheras.

Ini adalah kekalahan kedua skuad kendalian Nizam Jamil itu namun ia tidak menjejaskan kedudukan mereka di tangga kedua Liga Super selepas mengutip 9 mata dalam 5 perlawanan yang diharungi.

Baca Juga:

Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan berakhir dengan kedudukan 0-0 kerana kedua-dua bermain dengan berhati-hati untuk mengelak sebarang kesilapan mudah.

Isu tunggakan gaji seakan tidak mengganggu pemain KL City apabila kerap memberi tekanan kepada benteng pertahanan Selangor ketika memasuki separuh masa kedua.

Pemain import KL City, Jovan Motika menghukum kelekaan barisan pertahanan Selangor selepas merembat masuk gol pembukaan pada minit ke 63.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post

Sukan

Petanda positif skuad B-19

Kuala Lumpur: Skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara kini semakin menunjukkan peningkatan selepas dua perlawanan persahabatan memberi isyarat positif menjelang kejohanan Kejuaraan ASEAN 2024 yang akan berlangsung Indonesia pada 17 hingga 29 Julai ini.

today14 July 2024