Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pau Marti Diberi Tanggungjawab Sebagai Pemangku Jurulatih Skuad Kebangsaan

today16 July 2024

Background
Pau Marti


Selepas Kim Pan-gon meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, penolong beliau iaitu Pau Marti Vicente diberi tanggungjawab untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi selepas Pan-gon meletak jawatan pada Selasa.

Sementara itu, jurulatih yang pernah mengemudi skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) iaitu E.Elavarasan pula diangkat menjadi penolong ketua jurulatih.

Pada masa yang sama, Yusoff turut memgesahkan staf-staf kejurulatihan yang lain seperti Park Bobae (penolong jurulatih), Cho Junho (jurulatih penjaga gol), Jihyeon Park (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (jurulatih analisis prestasi) kekal bersama skuad kebangsaan untuk membantu Pau Marti.

Pan-gon menegaskan sebab utama beliau meletak jawatan sebagai ketua jurulatih adalah kerana alasan peribadi.

“Hari ini, saya telah memutuskan untuk berundur sebagai ketua…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dito


Previous post