Pasukan George Town Festival 2024 kini memohon maaf dan telah memadamkan video promosi mereka di semua saluran media sosial, laman sesawang dan juga platform YouTube George Town Festival.
Menurut Sinar Harian, pasukan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan tersebut dibuat untuk mengurangkan salah faham dalam kalangan masyarakat tempatan. Pasukan itu juga sempat memohon maaf kerana timbulnya salah faham.
“Kami mengambil peluang ini untuk memohon maaf atas segala kekurangan, kesulitan, kekhilafan dan salah faham yang timbul berhubung isu ini.
“Kami dengan rendah diri akan terus berusaha untuk menjayakan George Town Festival 2024,” kata kenyataan itu pada hari ini.
Menerusi kenyataan yang sama, pasukan George Town Festival 2024 meluahkan kekesalan berhubung klip video tersebut dengan tidak sengaja telah menyinggung perasaan sesetengah individu dan kumpulan.
“Sebenarnya, kesemua perancangan dan promosi George Town Festival 2024 telah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: