Ia sebaliknya hanya akan dilaporkan pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi.
eNotifikasi adalah sistem yang diguna pakai KKM dan semua fasiliti kesihatan untuk memantau serta memaklumkan kes penyakit berjangkit di dalam negara.
Dalam satu kenyataan di Facebook, KKM memaklumkan perkara itu akan berkuat kuasa mulai 15 Julai 2024.
Menurut KKM, ujian pengesahan bagi Covid-19 hanya akan dilakukan melalui kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) profesional yang diselia atau dilakukan petugas kesihatan serta ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).
“Ujian dilakukan bagi tujuan rawatan dan bukan untuk saringan,” menurut KKM.
Garis Panduan Pengurusan Covid-19 terkini boleh diakses di laman sesawang https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm.
Sebelum ini, KKM melaporkan individu yang positif Covid-19 akan dirawat sama seperti jangkitan saluran pernafasan lain dan tidak lagi diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau arahan kuarantin…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: