KUALA LUMPUR – Pelaksanaan e-Invois bermula Ogos ini dilihat tidak memberi kesan besar terhadap jualan kenderaan, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Presiden MAA, Mohd. Shamsul Mohd. Zain berkata, pihaknya percaya bahawa pengedar kenderaan dan pihak bank akan menawarkan pakej lebih baik untuk mengimbangi tawaran tanpa pinjaman penuh, sambil melihat pelaksanaan e-Invois dapat meningkatkan ketelusan dan kecekapan.
“Sebenarnya, tiada isu dengan pinjaman penuh dan bayaran pendahuluan sebab ia adalah peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara.
“Pada asasnya, kita tidak melihat impak besar kepada jualan kenderaan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan semalam.
KOSMO! sebelum ini melaporkan pelaksanaan e-Invois bakal menghapuskan ‘amalan salah’ pinjaman kenderaan 100 peratus, dan dilihat dikhuatiri menjejaskan jualan kenderaan terutamanya dalam segmen mampu milik.
Pada masa sama, MAA optimis akan prospek jualan kenderaan di Malaysia dalam tempoh masa terdekat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: