Menurut laporan TMZ, penyanyi berusia 56 tahun itu didapati mendaftar masuk di hotel mewah Royal Monceau di Paris Isnin lalu.
Celine sebelum ini mengakui menjadi impiannya kembali ke Paris dan melihat semula Menara Eiffel. Difahamkan, Celine turut dilaporkan bakal dibayar AS$2 juta (RM9.34 juta) hanya untuk satu lagu pada persembahannya awal pagi Sabtu ini.
TMZ melaporkan penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘My Heart Will Go On’ itu kini bertambah sihat selepas berjuang melawan penyakit dihadapinya.
Bagaimanapun, masih tiada pengumuman rasmi setakat ini walaupun Presiden Peranics Emmanuel Macron memberitahu stesen penyiaran France 2 yang beliau sangat gembira jika Celine dapat bersama pada upacara perasmian.
Sebelum ini Celine terpaksa melupakan seketika karier nanyiannya pada 2022 selepas didapati menghidap penyakit jarang berlaku Sindrom Stiff Person, yang turut didedahkan dalam video dokumentarinya I Aam: Celine Dion.
Malah, beliau bukanlah asing…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: