Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hot FM Tampil Berkolaborasi Dengan Bobbysan Supply Lancar Koleksi ‘Ice Hockey Jersey’

today26 July 2024

Background


Pelancaran ini adalah tanda penghargaan kepada kejayaan berterusan Hot FM yang terus diterima oleh pendengar di Malaysia dan berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Stesen Radio No. 1 di Malaysia.

Dengan tema “Daripada Lokal Untuk Lokal”, kerjasama ini adalah bukti komitmen Hot FM untuk sentiasa menyokong dan mempromosikan jenama tempatan. Ini bukan sahaja melibatkan muzik dan industri hiburan, tetapi kini merangkumi dunia fesyen tempatan.

Kerjasama dengan Bobbysan Supply menunjukkan bahawa Hot FM bukan sekadar radio; ia adalah gaya hidup yang menghiburkan, menyampaikan maklumat terkini, dan kini sebagai salah satu ikon fesyen yang diterima masyarakat. Kolaborasi eksklusif “Ice Hockey Jersey” ini menampilkan dua warna berbeza iaitu “Home” berwarna merah dan “Away” berwarna biru gelap.

Pengarah Kandungan Kanan Hot FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan berkata, idea itu tercetus kerana jersi yang kini kembali jadi trend dalam arena fesyen.

“Kolaborasi ini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post