Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

JDT ‘Robohkan’ Kubu Kebal Pahang Rangers Di Kuantan

today27 July 2024

Background


Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin menghampiri kejuaraan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 selepas berjaya menundukkan Pahang Rangers 5-4 pada aksi yang berlangsung di Kompleks SUKPA, Kuantan sebentar tadi.

Ia merupakan kekalahan pertama Pahang Rangers di gelanggang sendiri selepas dua edisi MPFL.

Skrip yang sama berlaku seperti di Pasir Gudang dimana kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan untuk menjelmakan aksi penuh menarik sepanjang perlawanan.

JDT terlebih dahulu membuka jaringan menerusi bekas pemain Pahang Rangers, Muhd Ridzwan Bakri seawal minit kelima dan empat minit kemudian giliran Awalluddin Mat Nawi pula melebarkan kedudukan.

Tidak sampai seminit, Murilo Carlos Saad merapatkan defisit jaringan tetapi Ridzwan sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring untuk kembali memberikan kelebihan dua gol buat JDT pada minit ke-11.

Memasuki minit ke-14, aksi lebih menarik apabila percubaan daripada peledak berbisa Pahang Rangers,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Hiburan Semasa

Abang Adik rangkul dua anugerah utama MGGA 

Kuala Lumpur: Filem tempatan berjudul Abang Adik berjaya merangkul dua anugerah utama pada Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2024 yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, di sini, malam tadi. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today27 July 2024