Tetapi, ada sesetengah orang yang tidak suka makan ubat batuk atas pelbagai alasan tertentu seperti tidak sedap dan sebagainya.
Kini, katakan tidak lagi kepada rasa ubat batuk kerana Inside Scoop telah memperkenalkan aiskrim terbaru mereka berperisa ubat batuk.
Inside Scoop menerusi Instagram mereka telah memperkenal aiskrim berperisa Pei Pa Koa atau lebih dikenali sebagai Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak.
Ramuan herba daripada ubat batuk berkenaan telah menjadi kegemaran ramai malah turut digemari oleh bintang dunia popular Zayn Malik.
Menurut jenama itu, perisa edisi terhad tersebut akan dijual secara rasmi mulai hari ini, 29 Julai, di seluruh cawangan Inside Scoop.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: