Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Atasi KL City, Hanya Jiwa & Mentaliti Menang Tunjang Kekuatan Pemain Gombak TOT United

today29 July 2024

Background


Ketua jurulatih  skuad Gombak TOT United, Qusmaini Noor Rusli memuji semangat juang tinggi dijelmakan anak buahnya ketika menewaskan KL City 5-4 pada aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 yang berlangsung di Ortuseight Arena, Kampung Baru malam tadi.

Hakikat itu jelas dapat disaksikan apabila Gombak TOT United yang masih dibelenggu dengan isu tunggakan gaji berjaya bangkit daripada ketinggalan 1-4 untuk mencatatkan kemenangan buat kali kelima pada musim ini.

Baca Juga:

Bukan hanya isu tunggakan gaji tetapi pasukan tersebut juga tidak menjalani sebarang sesi latihan menjelang pertemuan dengan KL City.

Sehubungan dengan itu, Qusmaini tanpa berselindung memandang tinggi jiwa membara anak-anak buahnya untuk melakarkan kemenangan meskipun berdepan pelbagai masalah.

“Saya tetap berpuas hati dan berbangga dengan keputusan akhir perlawanan ini biarpun kami bergelut untuk memperolehi kemenangan,” ujar Qusmaini menurut satu hantaran di laman…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post