PETALING JAYA – Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) mencatat keuntungan selepas cukai, zakat dan kepentingan minoriti (Patami) sebanyak RM155.5 juta bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (1H2024) naik sebanyak 17.4 peratus daripada RM132.4 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Kenaikan Patami ini disumbangkan oleh pendapatan operasi dengan pertumbuhan sebanyak 29.3 peratus kepada RM374.5 juta pada 1H2024 berbanding RM289.6 juta tempoh yang sama tahun 2023.
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian yang kukuh pada separuh pertama tahun ini dipacu oleh faktor kecairan yang semakin meningkat dan juga sentimen pasaran yang terus meningkat sekali gus memberi petunjuk kepada pertumbuhan ekonomi negara dan perancangannya.

Menurut beliau, ramalan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar dijangka berkembang kepada 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: